10,000 RAI KEMENANGAN JDT

11902303_10153484604560600_4021502552560881322_n

11205082_10153484605150600_5803708671765929200_n

11934982_10153484604770600_6456123896367415121_n

photo_2015-08-24_15-38-04

Johor Bahru: Kira kira 10,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim berkumpul di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin di sini, bagi meraikan kemenangan pasukan mereka yang berjaya mempertahankan Piala Liga Super 2015 selepas merangkulnya pada tahun lalu.

Rombongan pasukan termasuk barisan pegawai dan pemain sebelum itu menaiki bas tanpa bumbung dan disambut oleh penyokong termasuk yang berkonvoi dengan motosikal dan kereta bermula di Plaza Tol Skudai di sini.

Selepas itu, mereka berarak bersama piala terbabit ke jalan Lingkaran Dalam, JB Waterfront, Danga Bay, Pusingan U di Danga Bay, Jalan Wong Ah Fook, Komtar JBCC, Courth Mammoth, bulatan Jalan Tun Abdul Razak, Bomba Larkin, Simpang Empat Pusat Perdagangan Kebun Teh, Foon Yew 3 dan berakhir dengan sambutan kemuncak di stadium.

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim yang juga tunjang utama kebangkitan skuad Harimau Selatan turut mengucapkan penghargaan kepada, ahli keluarganya, pemain dan jurulatih termasuk rakyat Johor selain mendedikasikan kemenangan kali ini kepada adindanya Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Hadir sama, Presiden PBNJ Datuk Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Zulkurnain Kamisan. – METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial