11 PENONTON DITAHAN DALAM PERLAWANAN MALAYSIA – ARAB SAUDI

photo_2015-09-09_11-35-37

SHAH ALAM 9 Sept. – Sebanyak 11 penonton ditahan berikutan rusuhan di Stadium Shah Alam ketika perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi, malam tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kesemua mereka akan direman di mahkamah pagi ini.

Kekecohan tercetus ­ketika masuk minit ke-88 apabila segelintir penyokong pasukan Harimau Malaya melemparkan suar, bunga api dan mercun ke tengah padang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan ketika Malaysia ketinggalan 1-2. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial