1,280 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Siap

KOTA ISKANDAR, 11 MEI:  Kerajaan berjaya menyiapkan 827 unit Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) sepanjang empat bulan pertama tahun ini, umum Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi pada Persidangan Dewan Negeri ke 13 di sini, hari ini.

Beliau berkata pembinaan unit-unit rumah itu telah dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), yang turut sedang menyiapkan 453 unit rumah yang sama di serata Johor.

Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan rumah yang perlu disiapkan syarikat itu pada tahun ini sebanyak 1,280 unit, ujarnya.

“SPNB perlu menyiapkan baki unit-unit rumah itu dalam tempoh 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak oleh pemohon,” katanya ketika menjawab soalan Abd Taib Abu (BN-Machap) berkenaan status perlaksanaan RMR1M itu.

Menurut Abd Latif, SPNB telah diamanahkan untuk membina 12,000 unit rumah RMR1M, yang melibatkan subsidi Kerajaan Persekutuan berjumlah RM240 juta.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial