1,300 Terima Bantuan Awal Persekolahan

img_1889

 

PASIR GUDANG, 12 Dis – Yayasan Pasir Gudang memperuntukkan RM130,000 bagi membantu golongan kurang berkemampuan sebagai persiapan awal persekolahan.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata seramai 1,300 penerima pelbagai kaum termasuk anak yatim, golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) menerima bantuan baucar bernilai RM130.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkata program bantuan itu adalah inisiatif berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam membantu golongan sasaran dari aspek kebajikan.

“Sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa dan menggembirakan anak-anak dalam menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.

“Kerajaan Negeri amat menggalakkan pelbagai pihak bagi menjalinkan kerjasama bersama pihak yayasan yang diwujudkan di setiap kawasan PBT bagi meneruskan pelbagai program seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Kembali ke Sekolah di Pasaraya MyDin Pasir Gudang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.

Pada majlis itu, turut dilancarkan program Yayasan MyKasih iaitu program Love My School Bursary yang memberi manfaat kepada 100 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 3 yang kurang berkemampuan dengan masing-masing menerima perbelanjaan bulanan sebanyak RM80.

Mohamed Khaled berkata, wang terbabit yang menggunakan sistem kad pintar bagi membolehkan murid terbabit membelanjakan wang di kedai buku dan kantin sekolah.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial