132 ambulan di seluruh Johor

KOTA ISKANDAR: Terdapat sejumlah 132 ambulan di seluruh Johor di mana 68 daripadanya adalah di hospital kerajaan dan baki 64 lagi di klinik kesihatan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata, taburan bilangan ambulan mengikut daerah ialah 28 di Johor Bahru, 20 di Batu Pahat, 15 di segamat, masing-masing 12 di Muar dan Kota Tinggi,11 di Kluang, 10 di Mersing, masing-masing Sembilan di Pontian dan Ledang dan enam di Kulaijaya.
 
“Perkhidmatan ambulan merangkumi perkhidmatan pra-hospital dan pengangkutan pesaik rujukan antara fasiliti kesihatan dan perubatan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan DR Mohammad Taslim (PAS-Maharani) mengenai jumlah mabulan yang terdapat di negeri Johor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 13 di sini, hari ini.
 
Katanya lagi, untuk menampung keperulan terhadap perkhidmatan ambulan di negeri ini, pihaknya sudah memohon ambulan tambahan kepada Kerajaan persekutuan melalui RMK-11.
“Kita sudah membuat permohonan tambahan132 lagi ambulan melalui peruntukkan RMK-11.
 
“Pada RMK-10 yang lalu, Kerajaan Persektuan sudah memperuntukkan 31 ambulan untuk negeri Johor membabitkan peruntukan sebanyak RM8.5 juta,” katanya.
 
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial