14 PENSYARAH IPTA TEMPATAN DIIKTIRAF

image (3)

JOHOR BAHRU – Kualiti sistem pendidikan tinggi negara terus menunjukkan kecemerlangan de­ngan penghasilan jurnal oleh 14 pensyarah universiti awam yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk dijadikan rujukan ilmiah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian yang dilakukan agensi penarafan universiti antarabangsa, Thomson Reuters menunjukkan kemampuan pensyarah negara ini dalam me­nyumbangkan penulisan yang terbaik dan diiktiraf.

Beliau berkata, kandungan jurnal yang dihasilkan tersebut meliputi pelbagai bidang kejuruteraan dan tenaga bakar.

“Peningkatan sistem pendidikan tinggi juga boleh diukur dengan peningkatan kapasiti pensyarah, iaitu seramai 537 pensyarah universiti awam berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada 20 universiti terkemuka dunia seperti Universiti Cambridge dan Oxford.

“Ini merupakan perubahan positif yang berlaku dengan ran­king universiti turut meningkat seiring dengan taraf akademik di universiti,” katanya selepas menutup Konvensyen Pentadbir 2015 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam tadi.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Ir. Zaini Ujang dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar.

Idris berkata, perubahan positif sistem pendidikan tinggi juga dapat memberi impak besar terhadap masa depan universiti supaya lebih cerah seterusnya menjadi universiti bertaraf global.
Dalam pada itu, beliau turut meminta universiti awam menjadi lebih inovatif dan tidak boleh meletakkan kebergantungan tinggi terhadap dana daripada kerajaan untuk maju.

“Ini merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi pengurusan universiti hari ini. Mereka perlu mempunyai perancangan yang lengkap dan inovatif dalam usaha pengumpulan dana, antaranya menerusi wakaf dan endowmen serta menggunakan autonomi universiti secara efektif,” katanya. – UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial