MBJB Lancar Skuad Lensa

01-01-2017_skuad-lensa

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya me­li­bat­­kan aduan awam, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil inisiatif dengan melancarkan Skuad Lensa.

Datuk Bandar MBJB, A. Rahim Nin berkata, skuad itu berperanan membuat rondaan dan memantau permasalahan yang melibatkan tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata, pada ketika ini dua kereta digunakan bagi kemudahan skuad itu menjalankan tugas rondaan secara berjadual.

“Skuad ini akan melaporkan setiap masalah dan ke­rosakan yang ditemukan semasa rondaan dan perkara itu akan direkodkan dalam sistem e-aduan MBJB.

“Setiap jabatan yang berkaitan seterusnya akan mengambil tindakan terha­dap masalah yang dilapor­kan dan menyelesaikannya mengikut tahap masalah sama ada ringan, sederhana dan berat,” katanya semasa melancarkan Skuad Lensa berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB, di sini, baru-baru ini.

A. Rahim berkata, skuad itu juga akan dibekalkan dengan kelengkapan tek­nologi maklumat dan ko­munikasi (ICT) untuk mem­­buat laporan secara da­lam talian berserta koordinat kawasan aduan untuk memudahkan carian oleh pihak pelaksana.

Katanya, setiap aduan yang dibuat oleh skuad itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Mingguan Aduan Awam yang bersidang setiap Selasa. – Utusan Online

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial