2 WARGA MALAYSIA DIKHUATIRI JADI MANGSA LETUPAN DI BANGKOK – DUTA MALAYSIA


51439820779_950x600

71439823515_freesize

KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia dikhuatiri menjadi mangsa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di tengah kota Bangkok pada Isnin malam.

Bagaimanapun, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain berkata maklumat tersebut merupakan maklumat awal dan pihak kedutaan Malaysia akan mendapatkan pengesahan identiti mangsa dalam masa terdekat.

"Kami baru dengar, belum ada kepastian, mungkin ada dua rakyat kita (Malaysia). Kami menunggu kepastian.

"Kita tak tau sama ada cedera ataupun maut. Kita masih belum ada kepastian. Tapi dua orang dikira terlibat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI lewat malam Isnin.

Nazirah pada masa sama tidak dapat mengesahkan sama ada dua warga Malaysia itu merupakan pelancong ataupun warga Malaysia yang menetap di Bangkok.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial