30 Surau Di Pontian Dibaik Pulih

surau_pontianPONTIAN 20 Sept. – Sebanyak 30 buah surau di daerah Pontian akan dibaik pulih dan dinaik taraf oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM556,553.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih di bawah Program Amenti Sosial itu mula dilaksanakan sejak 18 September dan dijadualkan siap pada 16 Oktober ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pi­haknya sentiasa memberikan perhatian dan peka terhadap permintaan dan keperluan masyarakat luar bandar yang inginkan ke­mudahan awam selesa di tem­pat mereka,” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr. Ismail, di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, replika cek bernilai RM556,553 bagi membiayai kerja menaik taraf dan baik pulih surau berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepada Pegawai Penyelaras Surau dan Masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Rahim Mahmood.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berharap semua pengerusi surau yang terlibat dapat membantu memastikan kerja-kerja naik taraf tersebut berjalan lancar dan menepati masa yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Majlis Daerah Pontian (YPDM) turut menyampaikan sumbangan se­ban­yak RM50,000 kepada Pe­ja­bat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian bagi melaksanakan program-program peningkatan akademik para pelajar.

Menurutnya, aktiviti kecemerlangan akademik yang dijalankan oleh pihak sekolah memerlukan kos tambahan yang tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh PPD dan sekolah. –  UTUSAN

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial