40 JAM MENGELILINGI SELURUH NEGARA SAMBIL KIBAR BENDERA JOHOR

En. Khairuman Bin Abu hari ini menamatkan Misi Mengelilingi Negara Secara Solo dalam masa 40 jam, bermula dan berakhir di Taman Negara Tanjong Piai. Beliau sampai ke Checkpoint terakhir kira-kira jam 6.05 petang.

Turut berlangsung Majlis Penyampaian Baju Muafakat Johor yang telah disempurnakan oleh Saudara Mohd Khairul Azlan Bin Mohd Khodri, Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Johor yang mewakili YAB Menteri Besar Johor petang semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Pontian, Saudara Sahril Salleh dan Exco Majlis Belia Negeri Johor, Saudara Hafif Kamal

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial