4000 ANAK KARANG DISEMAI DI PERAIRAN JOHOR

image (1)

MERSING  – Sebanyak 4,000 anak karang berjaya disemai di perairan Taman Laut Pulau Aur dan Pulau Besar, baru-baru ini.

Pengarah Taman Laut negeri, Mohd. Nizam Ismail berkata, usaha pemuliharaan yang turut mendapat kerjasama pihak Malakoff Corporation Berhad itu merupakan salah satu usaha menjana semula kawasan karang selain meningkatkan proses serapan karbon dioksida di dalam laut.

“Kita berharap hasil yang diusahakan ini dapat memberi manfaat terhadap alam sekitar khususnya hidupan marin,” katanya selepas merasmikan Program Reef In My Heart 2 (RIM-H2) di Mirage Island Resort, Pulau Besar, di sini.
Program selama tiga hari itu melibatkan seramai 23 pelajar serta 17 tenaga pengajar dari 12 Kolej Komuniti di negeri ini dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang.

Yang turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Kota Tinggi, Ali Sis; Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Mohamad Afizan Ali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS, Abu Bakar Abdul Hamid serta Ketua Kampung, Kampung Busung, Pulau Besar, Abdul Razak Md. Zin.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam turut berharap program yang melibatkan pelajar dan komuniti setempat akan diuruskan dengan lebih mapan bagi memastikan kejayaannya.- UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial