44 Usahawan belia terima bantuan PIJ tahun lalu

KOTA ISKANDAR: Sepanjang tahun 2014, seramai 44 usahawan belia sudah menerima bantuan RM5,000 melalui Bantuan Usahawan  Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Zulkurnain Kamisan, berkata, 80 penerima dijangka menerima bantuan yang sama tahun ini, membabitkan peruntukan berjumlah RM400,000.

“Mereka yang inginkan bantuan ini perlu memohon kepada PIJ, dengan melampirkan kertas kerja bagi menguatkan permohonan mereka.

“Tinjauan akan dibuat untuk memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan. 

“Setelah diluluskan, pemantauan terus dilaksanakan bagi memastikan penerima menggunakan bantuan bagi tujuan pembelian peralatan asas perniagaan berkaitan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Syeikh Ibrahim Saleh (PAS-Sg Abong) berkenaan perkembangan terkini bantuan usahawan PIJ pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 13 di sini, hari ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial