500 Peneroka Felda Pemanis Dapat Hak Milik Tanah

felda pemanisSEGAMAT: Penantian 500 peneroka Felda Pemanis selama 32 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir semalam apabila Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sendiri surat hak milik berkenaan kepada

Dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata pemberian hak milik berkenaan dibuat setelah Kerajaan Negeri mendapati kewajaran untuk meluluskan hak milik itu, di samping membantu peneroka untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak sekian lama.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri telah meluluskan hak milik tanah berkenaan semenjak awal tahun 2013.

“Keputusan untuk meluluskan hak milik ini sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun 2013 lagi dan sebelum pilihan raya lalu.

“Kelulusan ini tiada kaitannya dengan pilihan raya dan bukan untuk meraih undi. Kerajaan Negeri lakukannya kerana merasakan ianya layak diberikan kepada peneroka di sini,” katanya.

Bagi kelulusan hak milik tanah untuk generasi kedua, Mohamed Khaled berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk menimbangkannya dan harus meniliti terlebih dahulu setiap permohonan berkenaan.

“Permohonan bagi generasi kedua baru sahaja diterima dan Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk menimbangkannya.

“Jika ia didapati wajar untuk Kerajaan Negeri meluluskannya, kita akan lakukannya untuk generasi kedua felda ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Penyerahan Geran Peneroka Felda Pemanis 1, di sini.

Sementara itu, di Kampung Desa Temu Jodoh, Labis Kerajaan Negeri juga telah meluluskan hak milik tanah kepada 120 penduduk kampung yang telah menanti hampir 43 tahun.

Dalam ucapannya di situ, Mohamed Khaled Khaled berkata Kerajaan Negeri sememangnya memahami kehendak penduduk untuk memiliki hak milik tanah berkenaan.

“Kerajaan memahami kehendak penduduk di sini yang menginginkan hak milik tanah ini. Usaha dan muafakat penduduk kampung untuk mendirikan sebuah kampung amat saya hargai dan untuk itu, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan hak milik kampung ini,” katanya.

Jelas beliau, hutang pembangunan yang telah dijelaskan oleh penduduk di kampung Desa Temu Jodoh iaitu berjumlah RM729,175.77 dan baki sebanyak RM678,877.66 telah dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri pada 2002.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial