57,574 CALON DUDUKI UPSR, PEPERIKSAAN BERJALAN LANCAR

Untitled

JOHOR BAHRU – Suasana di kebanyakan sekolah rendah di negeri hari ini agak ‘sepi’ berbanding kebiasaannya.

Bukan kerana ramai murid yang ponteng, tetapi disebabkan hari ini bermulanya peperiksaan penting bagi murid-murid tahun enam, iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dan seramai 57,574 calon mendudukinya di 947 pusat peperiksaan di negeri ini selama tiga hari hingga Khamis ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Aminuddin Adam berkata, bagaimanapun jumlah itu berkurangan seramai 1,912 calon berbanding tahun lalu, iaitu 57,486 orang.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 36,084 calon adalah murid sekolah kebangsaan (SK), masing-masing 16,588 dan 2,205 murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) serta 697 calon sekolah swasta.

Daerah Johor Bahru mencatatkan calon paling ramai, iaitu 11,312 orang, diikuti Pasir Gudang (11,104), Batu Pahat (7,014) dan Kulai (5,581).

“Seramai 6,210 petugas peperiksaan ditempatkan di 947 pusat peperiksaan di negeri ini pada tahun ini. Daripada jumlah itu, 189 orang merupakan penyelia kawasan, masing-masing 947 orang ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas, 3,180 pengawas peperiksaan dan 947 pengemas bilik.

“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, kita turut melantik 21 ketua pengawas yang akan bertugas di 21 hospital kerajaan dan swasta di negeri ini. Petugas di hospital sentiasa bersedia pada bila-bila masa jika tenaga mereka diperlukan untuk mengendalikan peperiksaan di hospital,” katanya di sini hari ini.

Aminuddin berkata, bagi calon berkeperluan khas seperti cacat penglihatan, pekak, bisu dan te- rencat akal, mereka akan menerima pelbagai kemudahan semasa menduduki peperiksaan berkenaan seperti tambahan masa, soalan braille, kertas soalan cetakan besar, soalan moderasi (calon pekak), menggunakan komputer, pemindah tulis dan bilik berasingan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Shaharuddin Saari berkata, bagi daerah ini SK mencatatkan calon paling ramai, iaitu 6,397 orang, di- ikuti SJKC (4,061) dan SJKT (584).

“Pada keseluruhannya kami telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan tersebut, bukan sahaja dalam kalangan calon, malah guru-guru.

“Selain pengajaran dan pem- belajaran di sekolah, para pelajar turut diberikan kelas tambahan dan motivasi oleh pelbagai pihak termasuk syarikat seperti Johor Corporation (JCorp), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Land dan Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) supaya dapat memperoleh keputusan cemerlang,” katanya selepas membuat tinjauan ke SK Damansara Alif, di sini.

Beliau diiringan Ketua Unit Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru, Jamaluddin Abdul Rahman dan Guru Besar SK Damansara Alif, Hamsiah Jabar.- UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial