6 PASUKAN BERENTAP REBUT TROFI PIALA SULTAN JOHOR 2015

12004047_1882426731983067_7833830245470509230_n

JOHOR BAHRU – Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor 2015 kembali lagi dengan enam pasukan berentap merebut trofi berprestij itu.

Selain pasukan muda negara selaku tuan rumah, ia juga akan disertai juara dua kali, India, Jerman, Argentina, Great Britain dan Australia.

Bakal berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula 11 hingga 18 Oktober depan yang akan disiarkan secara langsung menerusi penyiar rasmi kejohanan, RTM.

Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal berkata — Kejohanan tahunan itu juga medan terbaik buat jurulatih skuad muda negara, Arul Selvaraj mempersiapkan pasukannya sebelum kempen Hoki Piala Asia Remaja 2015 di Kuantan, November nanti.

Datuk Seri Subahan ditemui semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Ia dirasmikan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut berlangsung majlis penyerahan replika cek daripada wakil penaja kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebanyak 15 tajaan melibatkan nilai keseluruhan, 1.8 juta ringgit termasuk RM500,000 daripada kerajaan Johor, RTM selaku penyiar rasmi menyumbang RM200,000 dan Astaka Padu, RM200,000 selain beberapa syarikat lain.

Sementara itu, EXCO Pendidikan dan Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Johor, Md Jais Sarday yakin kejohanan tahunan itu bukan sahaja mempromosikan sukan tersebut tetapi juga negeri Johor. – TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial