6,066 PATI SERAH DIRI SECARA SUKARELA

image

JOHOR BAHRU – Seramai 6,066 pendatang tanpa izin (Pati) dilaporkan menyerah diri secara sukarela menerusi Program 3+1 di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bermula 1 Januari hingga 8 September lalu.

Pengarah JIM Johor, Rohaizi Bahari berkata, daripada jumlah itu kira-kira 64 peratus daripadanya terdiri dari warga Indonesia iaitu seramai 3,905 orang, manakala warga Pakistan seramai 588 orang.

Menurutnya, statistik tangkapan ke atas Pati mula berkurangan sejak 1 Januari lalu, selepas langkah pengusiran menerusi Program 3+1 itu mula dilaksanakan.

“Setakat ini seramai 6,066 Pati sudah menyerah diri secara sukarela untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi mengelakkan diri dari dikenakan tindakan undang-undang.

“Menerusi program ini kita dapat menjimatkan banyak kos termasuk pengangkutan untuk menghantar pulang ke negara asal dan tanggungan makan minum semasa di depoh tahanan,” katanya.

Rohaizi berkata, tangkapan dan serbuan bagi menjejaki Pati masih diteruskan dan 3,549 warga asing serta 42 majikan ditahan sepanjang tahun ini hasil maklumat orang awam.

“Program 3+1 ini dibuka sehingga hujung tahun ini dan dijangka lebih ramai pendatang akan menyerah diri secara sukarela.

“Majikan juga diingatkan agar tidak menggunakan khidmat pekerja asing tanpa permit dan boleh dikenakan kompaun atau tindakan mahkamah jika didapati bersalah.

“Operasi mengesan pendatang tanpa izin ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata,   pihaknya akan terus memberi tumpuan terhadap aktiviti pemerdagangan manusia bagi memastikan jenayah membabitkan warga asing di negeri ini dapat dikurangkan. – SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial