7 NEGERI KUAT KUASA ASING SISA PEPEJAL

Rahman Dahlan

Serdang: Tujuh negeri menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, Akta 672 serentak hari ini.

Sehubungan itu, pemilik premis di negeri terbabit iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perlis, Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti kertas, plastik dan lain-lain.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan berharap amalan pengasingan sisa di punca (bermula dari kediaman) ini mampu menambah baik tahap kitar semula negara yang kini masih rendah di paras 15 peratus pada 2014.

"Jika amalan kitar semula dan pengasingan sisa pepejal menjadi gaya hidup, ia akan dapat membantu memanjangkan usia tapak pelupusan sampah yang sedia ada.

"Selain itu, ia membantu kerajaan menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal yang kini mencecah RM2 bilion setahun," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di sini, pagi tadi.- HARIAN METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial