7 NGO Terima Bantuan Lebih RM100,000

1205_NGO

 

KOTA ISKANDAR, 12 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negei Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan menyampaikan bantuan berjumlah RM162,000 kepada tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari beberapa daerah di Johor.

Bantuan tersebut diberikan bagi tujuan memudahkan urusan pentadbiran, perjalanan aktiviti dan penyelengaraan infrastruktur NGO-NGO tersebut.

NGO yang terlibat ialah Kelab Sukan Jetski Tanjung Puteri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Senggarang Batu Pahat dan Tabung Kebajikan Rejimen 22 Mersing.

Turut menerima bantuan, Kelab Golf Tanjung Emas Muar, Gerakan Belia 4B Bukit Kempas, Persatuan Bekas Ahli 4B Malaysia dan Badan Agama Islam dan Khairat Kematian.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial