8 Kilang Musnah Dalam Kebakaran

Api marak memusnahkan salah sebuah kilang dalam kebakaran melibatkan lapan buah kilang di Parit Ulu, Jalan Bakri, Muar, Johor malam tadi. – UTUSAN ONLINE

MUAR, 13 Jun – Lapan kilang termasuk enam membuat perabot musnah dalam kebakaran di Parit Ulu, Jalan Bakri, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.10 malam itu, dua lagi adalah kilang mengusahakan peralatan dan barangan mekanikal.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Jahari Bahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika bomba tiba, api sedang marak dan pantas merebak ke kilang bersebelahan disebabkan perabot-perabot yang mudah disambar api serta faktor binaan kilang terbabit.

“Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu ekoran kebanyakan kilang terbabit tidak beroperasi pada waktu kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jahari berkata, seramai 40 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran yang hanya berjaya dikawal sepenuhnya dua jam kemudian.

“Selain Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, kami turut menerima bantuan daripada BBP Tangkak dan BBP Bukit Gambir dengan melibatkan lima jentera serta dua ‘water tanker’ untuk mengawal kebakaran itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial