ADUAN DAPAT TINDAKAN SEGERA

image (3)

JOHOR BAHRU – Susulan aduan permasalahan penduduk mengenai longkang belakang tidak diselenggarakan di Jalan Raya, Senai di sini mendapat pembelaan sewajarnya.

Pihak bertanggungjawab dalam penyelenggaraan tersebut telah mengambil langkah pembersihan.

Dalam satu kenyataan SWM Environment, memaklumkan kawasan berkenaan bukan di bawah seliaannya namun atas dasar tanggungjawab sosial kepada masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar, pihaknya turun membantu.

“Kita menjalankan kerja-kerja operasi pembersihan longkang yang tersumbat, pemotongan rumput dan pembersihan semak samun telah dijalankan di kawasan tersebut.

“Operasi pembersihan yang dijalankan ini adalah sebagai salah satu langkah bagi membendung masalah longkang tersumbat yang boleh menyebabkan penularan wabak denggi,” katanya.

Syarikat konsesi tersebut turut menyeru orang ramai turut memainkan peranan bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam longkang demi kebaikan semua pihak.

Sinar Harian semalam, melaporkan aduan kegusaran penduduk dan peniaga di situ yang didakwa tidak diselenggara sejak beberapa tahun lalu.

Dakwa penduduk, kali terakhir kerja-kerja pembersihan dilakukan adalah kira-kira lima tahun lalu sehingga longkang menjadi tersumbat dan keadaan semak semakin teruk dipenuhi semak samun.

Susulan keadaan itu ia juga menyebabkan banjir kilat sering berlaku hingga mengganggu perniagaannya selain turut mengakibatkan kerugian.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial