AGIH BENDERA SEMPENA KEMPEN JALUR GEMILANG

Malaysia-Flag-II

JOHOR BAHRU – Jabatan Penerangan Johor menyediakan sebanyak 10,000 bendera untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos.

Pengarahnya, Zainudin Ismail berkata, pengagihan Jalur Gemilang itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat di  negeri ini.    

"Kita akan berhenti di setiap premis yang dikenal pasti bagi mengedarkan bendera tersebut.    

"Kita juga menganjurkan pertandingan keceriaan merdeka di peringkat daerah dan negeri sejak 6 Ogos lepas agar orang ramai dapat menghayati bulan kemerdekaan," katanya selepas pelancaran konvoi itu, di sini hari ini.    

Pertandingan itu dibahagikan kepada lapan kategori termasuk melibatkan premis individu, bangunan agensi kerajaan, swasta, kampung, sekolah, pintu gerbang dan media elektronik.    

Pemenang setiap kategori di peringkat daerah akan mewakili Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, katanya. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial