AGIHAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI JOHOR DITERUSKAN – KHALED NORDIN

photo_2015-08-24_13-25-33

photo_2015-08-24_13-25-27

Pengagihan bekalan berjadual yang dilaksanakan ekoran kekurangan air di Empangan Sungai Layang, di sini akan diteruskan sehingga paras air di empangan tersebut meningkat ke paras kritikal, iaitu 23.5 meter.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, pada masa ini air di empangan tersebut kekal berada pada paras 19 meter, iaitu setelah beberapa hari pengagihan bekalan berjadual dimulakan.

“Pada waktu ini, air dari Sungai Johor akan terus dipam untuk membantu mengisi kekurangan bekalan di empangan ini,” katanya ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke lokasi empangan, di sini sebentar tadi.

Beliau berharap penduduk yang terjejas bersabar kerana kerajaan sedang menjalankan usaha pemulihan jangka masa panjang. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial