AGONG, PERMAISURI BERANGKAT KE SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015

gong.jpg.transformed_0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-58, di Dataran Merdeka, pagi ini.

Ketibaan baginda berdua pada tepat jam 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum diiringi ke pentas utama. 

Lagu Negaraku dinyanyikan disusuli persembahan kumpulan pancaragam. Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan Menteri Kabinet, ahli politik serta wakil kedutaan hadir pada acara berkenaan. 

Ribuan rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum hadir memeriahkan sambutan tahunan itu yang menyaksikan pelbagai acara dan persembahan patriotik disusun untuk dipertontonkan buat pengunjung yang hadir.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial