AIDIL TIDAK SABAR BALAS DENDAM JUMPA PERAK

7.aidil-zafuan

Pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abd Razak tidak sabar untuk membalas dendam kekalahan pusingan pertama Liga Super kepada Perak malam ini.

Apatah lagi dengan situasi getir dua perlawanan terakhir liga musim ini, yang menyaksikan JDT mengekori rapat pendahulu liga, Pahang selepas kedua-dua pasukan terikat 43 mata setakat ini.

"Dua perlawanan terakhir adalah final yang akan menentukan segala-galanya pada 2015.

"Aksi menentang Perak sememangnya amat dinantikan kerana ingin membalas dendam dengan kekalahan di Perak," kata pemain kebangsaan itu.

Amri Yahyah juga menyeru rakan sepasukannya untuk menyekat Perak dan misi meraih tiga mata di Stadium Larkin.

"Berdepan Perak kita perlu berhati-hati kerana mereka memiliki beberapa pemain yang bagus.

"Saya harap pasukan JDT tak membuang mata.

"Mungkin dalam beberapa perlawanan terakhir Perak menghadapi masalah yng mendatangkan kekalahan kepada mereka.

"Jadi kami  tak boleh ambil mudah," tegas pemain sayap itu. – ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial