AKAN CUBA BETULKAN KEADAAN SEBELUM BERUNDUR – TENGKU ABDULLAH

tengkuabdullah

"Kekalahan baru-baru ini terlalu mengecewakan dan memaksa saya untuk mempercepatkan perletakkan jawatan," itulah luahan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Sultan Ahmad Shah.

Menurut kenyataan yang boleh didapati di laman sesawang rasmi www.fam.org.my, Tengku Abdullah mengakui keputusan meletakkan jawatan merupakan keputusan paling berat pernah dibuatnnya selaku pegawai bola sepak.

Namun baginda pernah meletakkan dalam KPI-nya bahawa akan meletak jawatan sekiranya Malaysia gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Walaubagaimanapun, Tengku Abdullah menegaskan tidak mahu meninggalkan FAM bila masa badan induk bola sepak negara itu berada dalam keadaan tunggang terbalik.

"Walaupun saya tidak suka mengecewakan semua pihak yang menyeru untuk perletakan jawatan serta-merta saya, saya mempunyai kewajipan profesional untuk meninggalkan FAM selepas sekurang-kurangnya meletakkan ia dalam kedudukan yang dihormati.

Perkara terakhir yang saya tidak mahu adalah untuk pengganti saya mewarisi kapal yang sedang tenggelam di mana situasi itu akan menjadikan saya dilihat sebagai seorang tidak adil dan tidak profesional," katanya.

"Oleh sebab itulah, saya dipaksa oleh etika profesional saya untuk membetulkan keadaan sebelum saya berundur. Tetapi yakinlah, walaupun tempoh saya menjadi Presiden tamat pada 2018, saya melihat diri saya menyerahkan tugasan kepada Timbalan Presiden Dato Sri Haji Afandi dan ahli jawatankuasa, dalam tempoh setahun ini. Dato Sri Haji Afandi akan mengambil alih tugas sebagai Pemangku Presiden sejurus ketiadaan saya nanti.," tambahnya lagi.

Tengku Abdullah telah pun menyerahkan tugas Presidennya kepada Timbalan Presiden Dato Sri Haji Afandi dan ahli jawatankuasa, dalam tempoh setahun ini.

Dato Sri Haji Afandi akan memikul tugas selaku Pemangku Presiden.- ASTRO ARENA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial