Akta Hasutan dikekalkan: Apa kata mereka

 

Ketua Pemuda UMNO JOHOR, Hahasrin Hashim

Pemuda Johor menyambut baik apa yang YAB Presiden sebut tadi ditambah dengan dua elemen berkaitan dengan agama dan berkaitan Sabah dan Sarawak diharap dapat di segerakan.

Kami juga mohon agar pelaksaannya itu dipergiatkan lagi maksudnya jika ada perkara-perkara yang timbul, ia perlu dilaksanakan dan diterjemahkan. Kita tidak mahu akta hanya tinggal akta.

 

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Zainal Abidin Jidin

Akta hasutan ini sebenarnya sudah dibangkitkan diperingkat bahagian-bahagian. Jadi ucapan dsn ianya amat bertepatan dengan hasrat seluruh ahli-ahli UMNO dan rakyat yang mencintai agama, bangsa dan negara.

Harapan saya supaya pelaksanaan akta ini dilaksanakan dengan tanpa ada takut, ragu atau kelewatan. Lebih 3 juta ahli UMNO seluruh negara mahu dan menyokong akta ini dikekal dan ditambah baik.

Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang

Rata-rata perwakilan menyambut baik jaminan Presiden untuk mengekalkan Akta Hasutan malah memperbaiki dengan menambah dua perkara seperti yang beliau sebutkan.

Ini menandakan beliau menerima dan mengambil kira pandangan akar umbi.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial