ALEX FERGUSON SOKONG RYAN GIGGS DILANTIK PENGURUS MANCHESTER UNITED

Bekas pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson menyokong Ryan Giggs dilantik sebagai pengurus pasukan tersebut selepas Vaan Gaal.

Beberapa media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa pemilik kelab gergasi England itu ingin menjadikan Pep Guardiola sebagai pengganti Louis Van Gaal pada 2017 kerana berpendapat Giggs tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengetuai tersebut.

Memetik laporan Mirror. UK, Ferguson bagaimanapun yakin bahawa Giggs cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pengurus. 

Difahamkan, Ferguson juga akan membantu menamakan Giggs ketika pertemuan dengan ahli lembaga pengarah United.

Menurut lagenda Manchester United itu, Giggs mempunyai segala kualiti untuk menjadi seorang pengurus yang hebat.

"Saya ada terdengar khabar bahawa dia ingin ke kelab lain untuk mencari pengalaman tetapi sebenarnya Ryan telah cukup ilmu selepas penah beraksi di bawah saya, mambantu David Moyes serta Van Gaal.

Ferguson memberi komen tersebut selepas Van Gaal tegas dengan keputusannya untuk bersara sebagai jurulatih pada 2017.- ASTRO AWANI
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial