Anugerah Lagu Patriotik Johor

Anugerah Lagu Johor

Kerajaan Negeri Johor melalui  Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu, membuat persembahan koir dan band lagu-lagu patriotik yang bertemakan Johor.       

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan berkata, melalui pertandingan ini ia bukan sahaja dapat menghidupkan kembali lagu berunsur patriotik malah menyemai semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air khususunya Negeri Johor yang tercinta. 

Beliau berkata, langkah menganjurkan pertandingan ini adalah tepat pada masanya dan masyarakat digalakkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan terutama kalangan golongan muda dan menyahut usaha Menteri Besar Johor yang mahu memupuk semangat jati diri dikalangan generasi muda di samping mengiktiraf bakat kreatif mereka.

“Anak muda merupakan generasi pelapis masa hadapan negara. Melalui pertandingan ini, anak muda boleh menyerlahkan bakat kreatif mereka untuk menyanyi dan mencipta lagu berunsur patriotik. Bagaimana bentuk lagu dan kreativiti nyanyian itu, kita serahkan sepenuhnya kebebasan kepada mereka untuk berkarya. Inilah medium untuk mereka mengasah dan menyerlahkan bakat serta menunjukkan semangat cintakan negeri".

Muhamad Fuad berkata, penyertaan untuk pertandingan ini bukan sahaja terbuka kepada warga Johor malah seluruh warga negara Malaysia.
“Bagi Pertandingan Mencipta Lagu dan Band adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia sama ada amatur atau profesional tanpa had usia,” katanya.

Di samping itu, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, sekolah menengah dan rendah di Johor adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan Koir Lagu Patriotik.

 

Facebooktwitter

Anugerah Lagu Patriotik Johor

Print

 

Pertandingan Mencipta Lagu, Pertandingan Koir dan Band lagu-lagu patriotik ini adalah ilham dari Y.A.B. Menteri Besar Johor yang berpandangan supaya masyarakat terutama golongan muda dapat disemaikan dengan semangat cintakan bangsa dan negara ,dan salah satunya melalui lagu-lagu patrotik.

Program ini adalah merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor serta Jabatan Pelajaran Johor.

Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu :-

i. Pertandingan Mencipta Lagu Patriotik.

ii. Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik.

iii. Pertandingan Band Lagu Patriotik.

 

Sila klik pada pautan untuk syarat dan borang penyertaan:

 

KATEGORI MENCIPTA LAGU PATRIOTIK

 

KATEGORI KOIR LAGU PATIROTIK

 

KATEGORI BAND LAGU PATRIOTIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial