APA SUDAH JADI DENGAN CHELSEA?

imageResize (1)

Kekalahan memalukan Chelsea kepada Manchester City telah menimbulkan persoalan besar, apa sudah jadi dengan skuad Jose Mourinho selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lepas?

Ketika perlawanan pertama menentang Swansea di Stamford Bridge, gandingan Eden Hazard, Diego Costa dan Fabregas gagal menyerlah.

Benteng pertahanan yang diterajui kapten pasukan John Terry sering kali berdepan masalah gagal mengawal pergerak Bafetimbi Gomis.

Perkara sama berulang apabila pemain pertahanan Branislav Ivanovic, Gary Cahill dan Azpilicueta tidak mampu mengawal pergerakan penyerang Man City Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Jesus Navas.

Lebih ironik, ketika perlawanan berlangsung Diego Costa telah dirawat dengan bantuan physio Man City ekoran tidak cukup physio sendiri.

Sebaik tamat perlawanan, Chelsea mengumumkan pembelian terbaru Baba Rahman dari FC Augsburg.

Walaubagaimanapun, masalah utama Chelsea musim ini bukan berkisar kepada pertahanan yang tidak mampu mengejar pemain yang laju bahkan pemain penyerang sedia ada turut gagal menghadirkan ancaman dikubu lawan.

Penjaring terbanyak Chelsea musim lepas dengan 20 gol, Diego Costa masih tidak memperlihatkan sentuhan musim lepas tatkala sibuk bermain secara kasar diatas padang.

Penyerang Colombia Radamel Falcao pula masih dengan aksi terumbang-ambing sepertimana musim lepas ketika bersama Manchester United. Ramai yang berpendapat Falcao sudah melepasi tahap terbaiknya ketika bersama Atletico Madrid.

Loic Remy mampu menghadirkan jawapan namun penyerang Perancis itu perlu bermain secara pasangan di bahagian depan sekaligus bercanggah dengan taktikal Mourinho yang lebih gemar meletakkan seorang "target man" atau "lone striker".

Jelas, Mourinho perlu bingkas menyelesaikan permasalahan ini sekiranya mahu kembali meletakkan Chelsea dalam landasan mencabar kejuaraan – Stadium Astro

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial