MB Johor Lancar Aplikasi Jauhar

IMG_4587

JOHOR BAHRU, 26 Jan. – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan aplikasi Jauhar, yang bakal menjadi sebuah lagi platform dalam penyampaian berita dan perkongsian maklumat kepada masyarakat, khususnya berkaitan Negeri Johor.

Aplikasi Jauhar yang dibangunkan oleh Unit Media dan Komunikasi (Medkom), Pejabat Menteri Besar Johor itu akan memaparkan segala perkembangan semasa berita dan maklumat yang terkandung dalam portal berita rasmi jauhar.my.

Menurut Pengurus Medkom, Noor Azleen Ambros, pengguna aplikasi Jauhar boleh mengakses semua bahan yang diterbitkan secara lebih mudah dan cepat, dengan hanya menerusi telefon pintar.

“Aplikasi ini membolehkan pengguna menerima pelbagai maklumat seperti kemaskini berita-berita semasa, artikel, bahan-bahan terbitan Jauhar, galeri foto serta video yang akan dihantar terus ke telefon pintar pengguna.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan seperti Pelan Suara Hati Johor, Muafakat Johor, Johor Berkemajuan dan Bajet Johor 2017,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Noor Azleen berkata, pelancaran aplikasi seumpama itu merupakan salah satu nilai tambah dalam usaha menyampaikan maklumat serta inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri secara terus kepada pengguna.

Menurutnya, ia turut menjadi saluran komunikasi tambahan bagi menghebahkan maklumat terkini selain menerusi saluran sedia ada seperti Majalah Jauhar, Akhbar Jauhar serta saluran media baharu seperti Facebook (facebook.com/jauharjohor), Instagram (jauhar_online) dan Twitter (jauhar_online).

Majlis pelancaran aplikasi Jauhar disempurnakan pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor Tahun 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat sini, hari ini.

Tambah beliau, langkah memperkenalkan aplikasi ini adalah sejajar dengan usaha mempergiat inovasi serta memanfaatkan pelbagai mobile technology di masa kini, seperti yang disarankan Mohamed Khaled pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor tersebut.

“Orang ramai yang memiliki telefon pintar atau tablet boleh memuat turun aplikasi ini menerusi AppStore bagi pengguna iPhone dan iPad, manakala pengguna Android pula boleh memuat turun melalui Google Play Store,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial