APM Johor Sasar 90,000 Sukarelawan Bagi 2017

PENGARAH APM Johor, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang. – Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU,13 April – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menyasarkan pengambilan 90,000 sukarelawan baharu pada 2017 bagi memperkukuhkan pasukan berkenaan serta bersedia melaksanakan pelbagai tugasan di negeri ini.

Pengarah APM Johor, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang, berkata pihaknya yakin perkara itu mampu direalisasikan dan dalam tempoh empat bulan tahun ini APM Johor berjaya mendaftarkan 67,699 sukarelawan.

“Perancangan kita ialah untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 9,000 sukarelawan APM setiap bulan dan sasaran ini juga ditetapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, baru-baru ini.

“Kita percaya dengan adanya pasukan sukarelawan dalam satu jumlah besar, kita mampu menggerakkan mereka ke setiap daerah bagi melaksanakan pelbagai misi sewaktu kecemasan mahu pun bencana.

“Selain itu, kita juga menyasarkan sukarelawan baharu itu dalam kalangan masyarakat khususnya di luar bandar dengan diberikan latihan asas bagi memastikan mereka sentiasa bersiap-sedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Perhimpunan Bulanan APM Johor di Dewan Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika di sini, semalam.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial