Asyraf tawan Everest

IKON-Gunung Everest 13IKON-Gunung Everest 01IKON-Gunung Everest 02IKON-Gunung Everest 03IKON-Gunung Everest 07IKON-Gunung Everest 14

 

Kecekalan mengharungi cabaran dan berdepan risiko maut tidak sekali-kali mematahkan semangat untuk mencatat sejarah menjadi anak Johor pertama berjaya menawan Gunung Everest.

Bagi Mohamad Asyraf Mohd Halim, anak jati Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor, kejayaan menakluk puncak gunung tertinggi di dunia bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri kelahirannya, malahan negara Malaysia juga.

“21 Mei 2013, tepat jam 8.48 pagi, merupakan detik paling berharga untuk pertama kalinya saya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848m (29,000 kaki) dari paras laut,”.

“Kejayaan ini turut dirai bersama-sama dengan ahli Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) yang di pimpin oleh bekas pendaki Everest 2004, Muhamad Muqarabbin Mokhtarrudin.

,” katanya.

Turut mengiringi kejayaan ialah Mohd. Nasuha Shamsudin, 21 (Felda Tersang 3, Raub, Pahang), Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22 (Felda Chini Timur 1, Pekan Pahang), Myrza Fasha Md. Hamyruddin, 25 (Felda Tersang 3, Raub, Pahang), termasuk jurulatih Zainuddin Lot, 37, dan Muhammad Illaham Ishak, 37.

Cabaran

Kepenatan dan kesejukan melampau adalah antara cabaran yang perlu di tempuhi. Keadaan muka bumi yang tiada pokok dan hanya berlantaikan salji, batu dan ais sepanjang dua bulan ekspedisi menyebabkan pendaki berdepan dengan masalah kekurangan oksigen yang boleh membataskan pergerakan.

Aspek pemakaian dan pemakanan perlu dijaga kerana setiap pendaki menggunakan tenaga sebanyak mungkin ketika mendaki.

Pendaki juga berdepan dengan ‘altitude mountain sickness’ iaitu risiko mendapat batuk kering, muntah dan tiada selera makan.  

Menurut Asyraf, badan manusia hanya mampu bertahan sehingga ketinggian 2500m sahaja, selebihnya bergantung pada ketahanan badan masing-masing. 

“10 langkah di Everest merupakan jarak paling jauh untuk mendaki.  Ia boleh disamakan dengan berlari pecut sejauh 100m, oleh itu kadar denyutan nadi perlu sentiasa dipantau”, katanya.

Proses pendakian

Pendakian bermula dengan latihan selama sebulan untuk membiasakan diri dengan ketinggian baru, proses ini dikenali sebagai  ‘acclimatisation’.

Menggunakan konsep ‘climb high, sleep low’, pendakian bermula menuju ke Camp1 (6000m) selama 12 jam dengan keadaan suhu sejuk yang menggigit dibawah -10 darjah celcius. 

Pada malam berikutnya, pendakian diteruskan ke Camp2 (6300m) selama lapan jam dan kembali untuk berehat di base camp (5300m). 

Selepas beberapa hari berehat di base camp, pendaki kembali semula ke Camp2 dengan pendakian selama 12 jam, dan meneruskan pendakian ke Camp3.

‘Summit attack’ atau perjalanan ke puncak diteruskan ke Camp4 yang dikenali sebagai ‘South Col’ (7900m).  Kebanyakan pendaki menggelarkan Camp4 sebagai ‘death zone’ kerana kadar oksigen di kawasan itu hanya sekitar 30 peratus.  Ramai pendaki tewas di sini kerana mountain sickness, kepenatan, kekurangan oksigen dan ada juga yang terperangkap di dalam ribut salji.

Inspirasi

“Kejayaan adalah ketetapan illahi, sebagai manusia kita perlu berusaha untuk mencapainya”. Inilah prinsip yang dipegang oleh Mohamad Asyraf.

Kejayaan juga tidak datang dari diri sendiri, ia memerlukan kerjasama, pengalaman, kecergasan fikizal dan mental, suntikan semangat dari orang sekeliling juga doa yang mengiringi sepanjang perjalanan menuju ke puncak.

Ekspedisi ini mendapat sokongan dan tajaan daripada Felda, Felda Global Venture (FGV) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial