Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor Yang Baharu

Azmi menerima watikah pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor daripada Sultan Ibrahim
Azmi menerima watikah pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor daripada Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU, 1 Jan – Azmi Rohani hari ini mengangkat sumpah selaku Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Ismail Karim yang bersara pada 31 Disember 2016.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Turut berangkat hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besari Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Speaker Dewan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, Yang Dipertua Majlis Jumaah DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Azmi bersama mantan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim setelah selesai Majlis Angkat Sumpah
Azmi bersama mantan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim setelah selesai Majlis Angkat Sumpah

Azmi yang berusia 49 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Beliau, yang berkelulusan dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia, memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1992.

Beliau turut pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Pejabat Tanah Kluang, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, serta Pejabat Tanah Kota Tinggi.

Isteri beliau ialah Dr. Noor Azizah Abdul Latiff, dan mereka mempunyai empat orang cahaya mata.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial