BABI TERGANTUNG DIKILANG TEPUNG GANDUM VIRAL DI MEDIA SOSIAL

photo_2015-08-30_11-08-28

JOHOR BAHRU – Gempar di laman sosial Facebook, semalam apabila gambar babi tergantung di depan kilang tepung gandum di Taman Mount Austin, di sini menjadi viral.

Setiausaha Ahli Majlis Zon Bandar Dato’ Onn, Noorman Kamsani berkata, kilang tepung gandum seperti yang tertera di papan tanda dikatakan sudah lama menamatkan operasi di premis itu dan berpindah ke lokasi lain.

Menurutnya, kilang memproses babi yang sedang beroperasi  di lokasi tersebut didakwa tidak berlesen sehingga mengelirukan orang ramai.

“Saya dimaklumkan pengusaha baharu belum menurunkan papan tanda lama dan operasi memproses babi berjalan secara haram.

“Kita minta pihak bertanggungjawab lebih peka supaya tidak lagi menimbulkan isu seperti ini yang mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Noorman berkata, pihaknya tidak pasti tujuan sebenar babi itu digantung.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan sensitiviti masyarakat agama lain.

“Tak elok haiwan ini yang menjadi perkara sensitif kepada masyarakat Islam ditayang sebegini dalam situasi kita hidup berbilang kaum di negara ini.

“Diharap pengusaha lebih berwaspada membabitkan isu yang menyentuh sensitiviti agama lain supaya perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

Katanya, papan tanda kilang tepung gandum telah diturunkan petang semalam atas arahan pihak polis.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial