BAJET JOHOR 2014 ‘MUAFAKAT PEMBANGUNAN DAN PENGAGIHAN’

Infographic Bajet Johor

 

4 TERAS UTAMA:

Ø   

STRATEGI PERTAMA

:

Mencorak Ekonomi Yang Mampan

Ø   

STRATEGI KEDUA

:

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

Ø   

STRATEGI KETIGA

:

Memperkasakan dan Merakyatkan Kerajaan

Ø   

STRATEGI KEEMPAT

:

Melahirkan Modal Insan yang Berketerampilan

 

 

STRATEGI PERTAMA

:

Mencorak Ekonomi Yang Mampan

 

1.         Tubuh Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) bagi merancakkan aktiviti pelaburan di Johor.

 

2.         Tingkat perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Industri.

 

3.         Penyediaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

·         Iskandar Malaysia – RM32 juta diperuntukkan oleh pihak TM Berhad.

·         Kawasan Pengerang – pelaburan sebanyak RM10 juta.

 

4.         Mewujudkan Industri Baru Berimpak Tinggi.

·         Sektor kreatif – industri perfileman, animasi dan multimedia.

 

5.         Pembangunan Industri Minyak dan Gas.

·         Fokus kepada tiga kawasan utama – Tanjung Bin, Tanjung Langsat dan Pengerang.

 

6.         Pembangunan Sektor Bioteknologi.

·         Bio Desaru dibangunkan di Kota Tinggi oleh JBiotech Corporation.

 

7.         Merancakkan industri Pelancongan.

·         RM4.5 juta – diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi sektor pelancongan.

·         RM20 juta – Meningkatkan kemudahan infrastruktur di empat kepulauan pelancongan Mersing sehingga tahun 2016 (ECERDC).

·         Menaik taraf pusat penyelidikan RAMSAR dan kemudahan infrastruktur di Pulau Kukup.

·         Penganjuran aktiviti dan program bertaraf Antarabangsa.

8.         Pembangunan aktiviti pertanian.

·         Sejumlah RM42.41 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk sektor pertanian.

·         2,880 hektar tanah terbiar akan dibangunkan.

·         FAMA – 6 buah Pasar Tani akan ditambah di seluruh negeri Johor.

 

9.         Membangunkan usahawan.

·         Membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

·         Program Perintis Muda Johor – projek melahirkan ramai usahawan Belia.

·         Pemberian Geran Promosi kepada usahawan.

·         Memperkasakan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

·         Mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan Negeri Johor (EDC).

 

STRATEGI KEDUA

:

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

 

1.         Perumahan.

·         28,000 unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor (2013 – 2018).

·         1,550 unit rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan ditawarkan di kawasan Sungai Melana, Johor Bahru (2014).

·         Konsep Perumahan Komuniti Johor A (harga-RM42,000), Perumahan Komuniti Johor B (harga-RM80,000) dan Rumah Mampu Milik Johor (harga-RM140,000 – RM150,000) akan diperkenalkan mulai 1 Januari 2014.

·         Kerajaan Negeri menaikkan harga minimum hartanah bagi pemilikan asing kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sekarang, selaras dengan bajet persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia (berkuat kuasa 1 Mei 2014).

·         Kadar kelulusan untuk setiap perolehan bagi kepentingan asing akan dinaikkan daripada RM10,000 untuk setiap hak milik kepada dua peratus daripada harga jualan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli. (berkuat kuasa 1 Mei 2014)

·         Pemaju perlu membayar caj 7.5 peratus daripada 15 peratus diskaun seunit berdasarkan perbezaan harga jualan bagi setiap pelepasan kuota Bumiputera yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

 

2.         Menambah baik tahap perkhidmatan pengangkutan awam.

·         RM1.5 juta bagi menambah baik 35 pusat hentian bas hingga tahun 2015.

·         Wi-Fi percuma dalam bas TransIskandar.

 

3.         Menambah baik infrastruktur luar bandar.

·         Menambah peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf jalan-jalan kampung.

–          RM30 juta setahun untuk penyelenggaraan jalan kampung.

–          RM150 juta diperuntukkan bagi tempoh 3 tahun untuk kerja-kerja menaik taraf.

–          RM30 juta diperuntukan kepada Pejabat Daerah seluruh negeri.

 

·         Penstrukturan semula Rebat Air daripada penggunaan 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar di Johor.

 

·         Memperluaskan akses jalur lebar dan program bekalan elektrik di kawasan luar bandar.

 

4.         Pembangunan Belia dan Sukan.

·         RM18 juta bagi melaksanakan aktiviti belia dan sukan di negeri Johor.

·         Menggalakkan inisiatif kesukarelawan.

·         Program Mesra Belia Sakinah.

·         Penglibatan belia dalam Industri Animasi dan Perfileman.

–          Mewujudkan tenaga pekerja tempatan mahir – Pinewood Studios.

·         Membina Youth Park di daerah Johor Baru dengan kos permulaan RM5 juta.

·         PBT akan menambah sebanyak 34 buah pusat rekreasi dan 50 buah gelanggang futsal di seluruh negeri Johor.

·         Litar Lumba Motorcross dibina di Pagoh, Muar.

 

5.         Akses kepada kemudahan kesihatan yang cekap.

 

6.         Pengurusan alam sekitar yang lestari.

 

7.         Meningkatkan tahap keselamatan.

·         Pemasangan CCTV, terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia bagi mewujudkan bandar selamat.

 

8.         Mengukuhkan perpaduan kaum dan muafakat.

·         Menubuhkan Majlis Permuafakatan Perpaduan Negeri Johor (MPPNJ).

 

9.         Menegakkan Syiar Islam.

·         Skim Pinjaman Kitab.

·         Bantuan kepada golongan miskin melalui pemberian zakat.

·         RM50 juta diperuntukkan bagi membaik pulih rumah.

·         RM33 juta bagi rawatan dialisis.

·         RM5.9 juta bagi kos perubatan lain.

·         Memperluaskan Sekolah Agama Tahfiz di negeri Johor – contoh: Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah, Penjara Kluang.

 

10.       Pemuliharaan dan Pemuliharaan Kebudayaan, Warisan dan Kesenian Islam.

11.       Tanggungjawab Sosial Korporat.

·         Perbadanan Islam Johor (PIJ).

–          RM3.1 juta – Program Inkubator Usahawan Islam Johor, Program Belia Berwawasan, Program Membaiki Rumah Rakyat Miskin dan Program Bantuan Pesakit Dialisis.

·         Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

–          RM21.7 juta bagi membina dan kerja-kerja membaik pulih masjid dan sekolah agama.

–          RM50 juta bagi pembinaan perumahan setinggan untuk tahun 2014.

·         Yayasan Pelajaran Johor Holdings (YPJ).

–          RM18 juta – dana kepada Tabung Pendidikan YPJ (manfaat kepada 2,000 orang pelajar).

·         Johor Corporation (JCorp).

–          RM82 juta – Pembangunan usahawan dan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

 

STRATEGI KETIGA

:

Memperkasa dan Merakyatkan Kerajaan

 

1.         Memperkukuhkan perkhidmatan awam dengan kerjasama pihak swasta melalui program Cross Fertilisation Programme.

 

2.         Penubuhan Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.

·         Inisiatif mewujudkan sebuah yayasan di peringkat PBT bagi kerja-kerja kebajikan.

 

3.         Mengurangkan defisit terkumpul melalui peningkatan kutipan hasil.

·         Perbelanjaan berasaskan keutamaan keberhasilan sesuatu program atau projek.

·         Semakan semula kadar cukai dan fee-fee berkaitan urusan tanah.

·         Pelaksanaan aplikasi sistem SELAMAT (pengesahan biometrik) bagi           meningkatkan aspek keselamatan di dalam urusan tanah.

 

4.         Program Transformasi Pusat Bandar raya Johor Bahru.

·         Meningkatkan tahap infrastruktur, termasuk pembangunan Sungai Segget dengan peruntukan sebanyak RM220 juta.

 

5.         Menambah baik Enakmen Hiburan.

·         Membendung gejala sosial dan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan Kerajaan Negeri, selain menyelaras kadar bayaran lesen hiburan di setiap daerah.

STRATEGI KEEMPAT

:

Pengupayaan Modal Insan Berketerampilan

 

1.         Melestarikan Pendidikan dan Latihan Negeri Johor.

·         Penstrukturan semula Kolej Yayasan Pelajaran Johor supaya programnya menepati kepentingan pertumbuhan ekonomi Johor.

·         Memberi fokus kepada pendidikan teknikal dan vokasional serta penubuhan kolej komuniti bagi setiap kawasan Parlimen.

·         Menjadikan Iskandar Malaysia sebagai pusat bakat dan penyelidikan terkemuka dengan menggalakkan lebih banyak kemasukan institusi pendidikan tinggi luar negara beroperasi di Johor.

·         Jawatankuasa Pelaburan Johor akan dipertanggungjawabkan untuk merangka strategi bagi menarik lebih banyak IPT untuk melabur dan beroperasi di Iskandar Malaysia dan Pagoh.

·         Menjalin kerjasama dengan sekolah-sekolah di Johor untuk mendedahkan mereka terhadap potensi pembangunan kawasan Iskandar Malaysia dan pembangunan Hab Minyak dan Gas, Pengerang.

 

2.         Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Negeri Johor.

·         Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM4.2 juta bagi menggerakkan Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus dengan penyertaan hampir 750 orang peserta.

·         Peserta terdiri daripada Golongan kelainan upaya (OKU), Ibu tunggal, Golongan miskin dan Ahli rumah berpendapatan rendah di bawah RM2,300 sebulan.

 

3.         Meningkatkan Jumlah Modal Insan Dalam Sektor Pelancongan.

·         Sebanyak RM450,000 diperuntukkan bagi kursus-kursus asas dalam bidang pelancongan.

 

4.         Meningkatkan Modal Insan Usahawan.

·         Menjalin kerjasama dengan agensi keusahawanan, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional, Jabatan Pertanian, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) SME Coorporation Malaysia dan lain-lain agensi.

 

5.         Meningkatkan Ilmu Pengetahuan dan Bakat Anggota Perkhidmatan Negeri Johor.

·         Program MyBain15 – peluang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan kedoktoran di kalangan penjawat awam.

·         Program Cross Fertilisation – kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan akan dipergiatkan melalui latihan jangka pendek.

·         Pendekatan Strategi Lautan Biru (SLB) akan diperkenalkan bagi meningkatkan idea-idea kreatif dan inovatif dalam perkhidmatan awam.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial