Bancian Dua Kali Setahun, Elak Penyewa PPR Sewakan Rumah

yb-Latif-interview

KOTA ISKANDAR, 22 Nov – Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perumahan mengadakan bancian dua kali setahun bagi membendung penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengambil kesempatan menyewakan unit kediaman mereka kepada pihak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata bancian itu dijalankan enam bulan sekali dan bertujuan mengemaskini maklumat penyewa asal, selaian mengenalpasti unit yang disewakan kepada pihak ketiga.

“Hasil daripada pemantauan bancian ini, SUK akan meminta penyewa memperbaharui perjanjian pada tahun kedua iaitu tahun akhir penjanjian sewa PPR.

“Kerajaan Negeri juga turut mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran kepada penduduk mengenai isu sub-let ini yang semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Maulizan Bujang (BN-Tiram) mengenai isu sub-let (penyewa ketiga) rumah PPR pada Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Dalam soalan tambahannya, Maulizan turut menyarankan kerajaan negeri agar menarik balik kelulusan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dari pemilik yang sudah menerima kemudahan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberi peluang lebih adil kepada semua rakyat.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial