Banjir Di Segamat Hampir Pulih

Ayub Rahmat

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Bilangan mangsa banjir di Segamat menurun kepada 33 orang daripada tujuh keluarga tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mereka kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Balai Raya Batu Badak dan Sekolah Kebangsaan Spang Loi.

Sebuah lagi PPS iaitu Balai Raya Pogoh Tengah yang turut dibuka sebelum ini telah ditutup, kata beliau dalam kenyataan.

Pada 8 pagi tadi, terdapat seramai 78 mangsa daripada 19 keluarga di kesemua PPS berkenaan. — BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial