Banjir Johor – Lelaki 21 Tahun Dikhuatiri Hilang

KOTA ISKANDAR, 25 Jan- Seorang remaja lelaki dari daerah Segamat dikhuatiri menjadi korban pertama banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata, mangsa yang berumur 21 tahun itu dilaporkan hilang petang semalam.

Beliau berkata, buat masa ini pihak polis masih melakukan operasi mencari remaja berkenaan

“Mangsa masih belum dijumpai lagi jadi kita tidak boleh mengesahkan, cuma dasarnya kita memang tahu ada berlaku.

“Polis masih lagi mencari dan pihak hospital masih belum dapat sahkan dan kalau ditemui nanti kita akan buat pengesahan,” katanya ketika dihubungi Jauhar hari ini.

Hujan lebat yang berterusan dari Ahad malam lalu hingga semalam mengakibatkan kawasan di beberapa daerah di negeri ini di landa banjir.

Sehingga jam 6 pagi tadi, sebanyak 70 pusat pemindahan banjir dibuka di beberapa daerah di negeri ini membabitkan 8,204 mangsa.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial