Bantu selesai masalah setinggan bersama

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri meminta kerjasama pemilik tanah supaya memberikan sedikit pampasan kepada penduduk setinggan jika mahu menyelesaikan masalah setinggan di tanah milik persendirian.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, dalam soal menyelesaikan masalah setinggan di atas tanah milik individu, perlu wujud persefahaman dan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Pemilik Tanah dan Penduduk.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil adalah melalui pemberian insetif oleh pemilik tanah kepada penduduk dan kerajaan akan membina rumah mengikut kemampuan mereka.

“Kita perlu bukan sahaja memerlukan persefahaman antara penduduk setinggan tetapi juga sedia bekerjasama dengan tuan tanah untuk menyelesaikan masalah setinggan dengan syarat tuan tanah juga bersedia untuk memberi dan menimbang apa-apa insentif untuk penduduk ini keluar.

“Pada masa yang sama kerajaan dapat sediakan rumah yang dalam kemampuan mereka untuk beli.

“Lebih-lebih lagi tuan tanah yang ingin memajukan tanah mereka kita bisanya berunding dan minta mereka beri pampasan kepada setinggan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa kebakaran Kampung Sungai Rinting di sini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam mengakibatkan 16 keluarga hilang tempat tinggal.

Dalam lawatannya itu, beliau turut menyampaikan bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri kepada  mangsa kebakaran.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu mangsa kebakaran di kampung itu.

“Saya telah minta pemimpin cawangan untuk melihat setiap penduduk yang ada, saya difahamkan ada yang sudah beli rumah dam ada yang perlu rumah sewa. Kita akan cuba bantu untuk mereka atasi masalah mereka,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial