BANTUAN PERLU DIMANFAATKAN SEBAIKNYA

12045485_524853351011314_6549690208777710525_o

PERMAS JAYA: Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin menggesa parti-parti komponen Barisan Nasional agar memanfaatkan segala bantuan yang diberikan demi kebaikan kumpulan sasaran masing-masing.

Berucap pada perasmian Bazar Deepavali di sini semalam, beliau melontarkan harapan agar MIC selaku parti yang mewakili masyarakat kaum India untuk terus tampil melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Pembentangan Bajet Malaysia 2016 yang lalu membuktikan betapa kerajaan prihatin kepada kebajikan masyarakat India, dengan memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi kaum India.

“Sejumlah RM250 juta telah diperuntukkan melalui TEKUN, BANK SME, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi latihan kemahiran swasta bagi membantu masyarakat India dalam bidang ekonomi,” kata Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Johor.

Beliau menambah, adalah amat malang sekiranya peruntukan sebegitu besar tidak dimanfaatkan sebaiknya, kerana natijahnya akan menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati apa yang sewajarnya dirasai mereka.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan bantuan kepada 432 keluarga masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial