Bantuan untuk OKU

oku2 oku13 oku14 oku15 oku16

Tiada siapa yang tercicir dalam arus pembangunan. Itu azam Kerajaan Negeri di sebalik komitmen membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan di Johor. Golongan yang memerlukan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU)  terus dibantu dengan pelbagai kaedah sama ada melalui pemberian bantuan berbentuk kewangan, mahu pun peluang pekerjaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Asiah Md Ariff berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah salah satu agensi yang banyak memberi bantuan kepada golongan OKU. Menurut beliau, secara prinsipnya pemberian bantuan itu bukan bermakna kerajaan mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

“Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. “Pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari,” katanya kepada Jauhar. Menurutnya lagi, tujuan  bantuan kewangan kebajikan adalah bagi membolehkan memenuhi keperluan asas kehidupan selain menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari serta meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Jenis-jenis bantuan JKM

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Penerima bantuan BKK hanya kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah dan daripada keluarga yang berpendapatan bulanan dibawah RM720 sebulan. Kanak-kanak yang mempunyai ibu/bapa/penjaga yang tidak berkemampuan, putus mata pencarian sementara, uzur kerana OKU atau berpenyakit . Kadar Bantuan yang diluluskan adalah sebanyak RM100 hingga RM450 sebulan bergantung kepada bilangan kanak-kanak yang berada di bawah tanggungan pemohon.

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Bantuan ini diberi kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Berumur 16 tahun dan ke atas, bekerja dengan pendapatan bulanan di antara RM20 hingga RM1200 sebulan dan tidak tinggal di institusi yang disediakan kemudahan tempat tinggal, makan minum atau pakaian percuma layak memohon EPC. Kadar EPC adalah sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masayarakat yang mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM720 sebulan. Sumber pendapatan disini adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen i’lat, pencen terbitan, pencen bulanan PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain. Berumur di antara 18 – 59 tahun, bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada, bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan /pemulihan kelolaan agensi Kerajaan yang lain. Penerima  BTB akan menerima sebanyak RM150 sebulan.

Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)

Permohonan bagi bantuan di atas adalah bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), had siling pendapatan isi rumah tidak melebihi RM720 sebulan dan disyorkan oleh Pegawai Perubatan dengan menggunakan borang disediakan oleh JKM. Kadar bantuan ini adalah sekaligus berdasarkan kepada harga asal alat sokongan yang ditentukan oleh pakar perubatan.

Bantuan Geran Pelancaran

Penerima bantuan ini adalah di kalangan OKU berdaftar dengan JKM, yang mempunyai kemahiran dan berminat untuk memulakan perniagaan layak untuk memohon bantuan geran pelancaran dengan kadar maksimum sehingga RM2,700 sekaligus.

Bantuan Orang Tua (BOT)

Pihak JKM juga menyediakan bantuan kewangan bagi membantu golongan warga tua yang kehilangan tempat bergantung. Mereka diberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi mereka meneruskan kehidupan didalam komuniti setempat mereka seperti biasa. Bantuan ini diluluskan bagi warga tua yang berumur 60 tahun ke atas, tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup mereka dan tiada keluarga atau saudara mara yang mampu memberi sumbangan pada mereka.

Selain bantuan kewangan, Kerajaan Negeri sedar isu kesukaran golongan OKU untuk memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan kelainan mereka menyebabkan mereka menerima pendapatan minimum dan tergolong dalam golongan miskin. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menangani isu berkenaan dengan menubuhkan Unit Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (UPPOKU) yang bertujuan meningkatkan bilangan golongan itu dalam sektor pekerjaan di negeri Johor.

UPPOKU memberi bantuan dari segi perkhidmatan Job Coaching”, “Job Match” dan “Follow-up/ Follow along” menerusi Open Employment Model . Antara jenis-jenis bantuan yang diberi adalah mengadakan sesi temuduga kerja bagi mengenalpasti latar belakang pemohon dan mencari syarikat yang berminat mengambil pekerja OKU. UPPOKU juga membantu nenyenaraipadan pekerjaan dengan pemohon kerja (OKU), memberikan latihan (on job training) kepada OKU yang ditempatkan bekerja dan membuat pemantauan (Follow-up) kepada OKU di persekitaran kerja selama enam bulan berturut- turut.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial