BAS TERBARU JDT PENUHI CIRI “KESELAMATAN”

Pemasangan beberapa ciri tambahan pada bas terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim, adalah demi keselamatan para pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan ketika bertandang ke tempat lawan yang dikhuatiri akan mengundang isu-isu tidak diingini seperti balingan objek keras dan berbahaya ke arah bas. 

Antara ciri-ciri yang dipasang pada bas yang dinamakan JDT Batu Bas tersebut adalah seperti pemasangan kamera cctv di sekeliling bas yang dilengkapi pencahayaan dan kebolehupayaan 'zoom' untuk jarak jauh. 

Selain itu, jaring besi boleh anjal bagi mengelakkan balingan objek keras turut dipasang serta penghadang besi 'kangaroo bar' untuk menahan rempuhan.

Bas ini akan digunakan oleh pasukan JDT apabila melibatkan perlawanan membabitkan penyokong lawan yang mempunyai risiko tinggi berdasarkan insiden-insiden yang pernah berlaku sebelum ini memandangkan terdapat ramai penyokong yang kurang berpendidikan dan bertamadun.

Itulah sebabnya kami perlu menambahbaik bas kami. Memandangkan kita tidak dapat mendidik mereka, tiada pilihan lain selain menyediakan bas sebegini. 

Harapan tinggi agar tiada lagi berlaku insiden tidak diingini bagi mengelakkan kita menjadi bahan ketawa kaum lain hanya disebabkan permainan bola sepak sedangkan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini dan kita seharusnya perlu menikmati keindahan permainan bola sepak. Luaskan Kuasamu Johor.- JST

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial