BEKAS PEGUAM KERABAT DIRAJA JOHOR DIDAKWA

image

JOHOR BAHRU – Bekas peguam kerabat diraja Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan nilai RM533,000 lima tahun lalu.
 
Tertuduh Kamal Hisham Jaafar, 45, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah jenayah sebagai pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd menerusi dua perjanjian penyewaan harta syarikat bernilai RM515,000 dan RM18,000 pada 2009 dan 2010.
 
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.
 
Mahkamah menetapkan jaminan RM300,000 ke atas tertuduh dan dua orang penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh diarahkan melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu sekali.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial