BEKAS PEGUAM KERABAT DIRAJA JOHOR DITAHAN POLIS

75070913-pendeta ditangkap

JOHOR BAHRU 2 Sept. – Bekas peguam kontroversi dari Johor yang dikehendaki polis negara ini sejak tiga tahun lalu ditahan di Singapura, hari ini.

Dia yang melarikan diri ke sebuah negara di Asia Barat bagi mengelakkan diri dari ditangkap dan dipercayai berkunjung ke negara tersebut untuk melawat saudaranya.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad mengesahkan penahanan peguam tersebut di Singapura dan polis negara ini akan membawa pulang individu berkenaan ke negara ini.
Peguam itu dipercayai ditahan polis negara jiran kira-kira pukul 10 pagi selepas polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran sebelum ini.

Peguam tersebut sebelum ini dikehendaki polis kerana penglibatannya dalam beberapa kejadian pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM660,000. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial