BELANJA RM1,000 BELI BENDERA

image (8)

JOHOR BAHRU – Sepanjang bulan kemerdekaan, bendera Jalur Gemilang mulai dikibar di merata tempat bagi menonjolkan semangat patriotisme.

Perkara tersebut turut dilakukan Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor, Kamdi Kamil, 66 yang mempunyai caranya yang tersendiri dalam memperlihatkan semangat patriotik iaitu menghias rumah dengan Jalur Gemilang sejak 33 tahun lalu.

Uniknya, rumah tiga tingkat milik Kamdi yang terletak di Kampung Melayu Majidee, di sini turut disediakan sebuah galeri kemerdekaan yang menempatkan pelbagai maklumat dan buku sejarah yang berkaitan.

Lebih membanggakan usaha yang dilakukan Kamdi bersama isterinya, Rahmah Mohd Mofit, 62 telah beberapa kali menjadi johan rumah berhias kemerdekaan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional negeri dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

“Setiap tahun hampir RM1,000 wang diperuntukkan untuk membeli bendera yang baharu dan kebiasaannya kibaran bendera ini dibuat sepanjang 16 Ogos hingga 16 September.

"Usaha ini bukan hanya minat sebaliknya turut melambangkan profesionalisme sekaligus menyubur semangat patriotik di kalangan rakyat bagi hargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi," katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial