Beraksi di Skate Park MPPG

0U0A1490resize 0U0A1684resize 0U0A1448resize

Turut menjadi lokasi sukan ekstrim antarabangsa

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

SUKAN ekstrim dan mencabar kian diminati golongan anak muda kita. Mereka mengisi waktu petang, malam dan hujung minggu dengan bermain serta beraksi di kawasan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antaranya, sebuah laman papan luncur dinamakan Skate Park yang dibina Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di tapak seluas 1,350 meter persegi bersebelahan Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Laman itu menelan belanja RM300,000 dan ia merupakan tapak sukan ekstrim pertama dibuka kepada peminatnya di Johor.

Yang Dipertua MPPG, Encik Md Za’nal Misran, berkata laman ekstrim yang dibuka kepada orang ramai ini merupakan fasa pertama yang siap dibina pada 3 September 2014 lalu.

Terdapat dua lagi fasa dalam perancangan bagi menjadikan Pasir Gudang sebuah laman sukan ekstrim yang mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap.

Beliau berkata, penyediaan laman berkenaan akan memberi impak positif kepada masyarakat dan pihak kerajaan dalam aspek pembangunan nilai dan modal insan rakyat di johor.

“Laman ini merupakan antara yang terbaik di Johor dan ia menjadi lokasi tumpuan pertandingan papan luncur peringkat antarabangsa,” katanya.

Bagi menjadikan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan yang terkenal dalam sukan ekstrim dan mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap, Md Za’nal berkata terdapat dua lagi fasa yang masih dalam perancangan pembangunannya.

“Antara perancangan seterusnya adalah membina sebuah astaka, dataran perhimpunan, tempat letak kenderaan dan tambahan sebuah padang latihan bagi memenuhi keperluan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial