BERI KEUTAMAAN KEPADA PENDIDIKAN AGAMA – SULTAN JOHOR

12314557_520658914767473_6296953765989985366_o

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar bertitah supaya pendidikan agama di negeri ini diberikan tumpuan secara menyeluruh.

“Dalam suasana dunia hari ini yang semakin mencabar, kualiti pendidikan agama Islam perlu dipertingkatkan dan pengurusan hal-ehwal agama juga perlu dijalankan dengan lebih tersusun” titah baginda di dalam entri Facebook rasmi-Nya, hari ini.

Sultan Ibrahim juga menekankan tumpuan turut diberikan kepada penyediaan kemudahan dan fasiliti yang terbaik bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah sistem pengurusan yang cemerlang.

“Tumpuan perlu diberikan bukan sahaja kepada pelajaran dan kurikulum pelajar, tetapi juga kepada kemudahan tempat belajar yang selesa. Pengurusan yang cekap dan keupayaan tenaga pengajar yang cemerlang perlu diberikan perhatian yang serius,” titah Sultan Johor.- JOHOR TIMES

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial