Berwaspada Industri Kimia

JOHOR BAHRU, 4 Mei – Kerajaan Negeri dinasihatkan untuk meneliti secara halus dan memastikan keselamatan rakyat dalam mana-mana perancangan membabitkan perindustrian kimia.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, industri berkenaan mesti diletakkan jauh dari kawasan perumahan.

“Industri yang melibatkan bahan kimia yang beracun atau yang mudah meletup hendaklah diteliti dengan betul dan jika hendak diterima, pastikan ianya diletakkan jauh dari kawasan perumahan.

“Satu contoh kesilapan yang telah dibuat adalah pembinaan kilang Titan di Pasir Gudang yang pada asalnya ditolak pembinaannya di Singapura,” titah baginda.

Titah baginda dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili baginda ke Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, hari ini.

Tegas baginda juga, dalam menerima pelabur-pelabur asing, pertimbangan juga harus diberi kepada pelaburan yang membawa nilai tambah yang tinggi.

“Jangan memilih pelabur yang hendak datang ke Johor, semuanya mesti kita layan dengan sebaiknya.

“Namun begitu, Kerajaan mestilah menggalakkan pelaburan untuk jangka masa panjang, mempunyai nilai tambah yang tinggi dan industi yang mesra alam,” titah baginda.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial