BIAR BEZA PEGANGAN POLITIK, TAPI PROFESIONAL

KOTA ISKANDAR, 30 Nov – “Perbezaan idealogi politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada rancangan-rancangan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat”, itu antara mesej yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, ketika Ucapan Penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan respon positif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa (PAS) yang menyifatkan Pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini sebagai ‘begitu komprehensif’ dan ‘membawa kepada kesejahteraan Johor’.

“Semangat seperti inilah yang kita amat alu-alukan. 

“Berbeza cara, namun matlamatnya sama. Berbeza manhaj namun maqasidnya sama. Saling menyokong atas nama kebaikan dan kesejahteraan bersama. 

Bukannya budaya menggali isu tanpa asas demi meraih sokongan,” katanya.

Tambahnya, sikap profesional dan budaya politik membangun seperti ini perlu dicontohi oleh ahli-ahli pembangkang yang lain dalam membawa pembangunan negeri Johor menuju status sebuah ekonomi berkesejahteraan.

“Kita perlu bersifat progresif. Ini abad ke 21. Belajarlah mengiktiraf perkara yang baik. Demokrasi kita telah cukup dewasa dan matang,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial