Biar SPRM Laksanakan Siasatan

PASIR GUDANG, 26 Feb – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan siasatan mereka berhubung kes membabitkan individu di negeri Johor.

Ujar beliau, tiada guna untuk beliau membuat apa-apa kenyataan, sebaliknya biar proses siasatan dijalankan bagi menentukan kebenaran.

“Ia terlalu awal untuk saya memberi apa-apa reaksi pada ketika ini. Biar SPRM jalankan tugas mereka.

“Saya percaya SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan melulu tanpa berasaskan aduan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah di Taman Cendana, hari ini.

Khaled mengulas berkenaan beberapa kes membabitkan beberapa pegawai di negeri Johor yang telah ditahan oleh SPRM baru-baru ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial